Orang sholeh/sholehah pada zaman dahulu, apabila mereka melakukan amalan yang baik, mereka bersusah-payah menyembunyikannya.
Ayyub As-Sikhytiyani (wafat 131H) pernah memberikan satu nasihat yang sangat berharga dalam perbahasan ini. Beliau berkata:
ÙÙØªÙ اÙÙÙ Ø§ÙØ±Ø¬ÙØ ÙØ¥Ù Ø²ÙØ¯ ÙÙØ§ ÙØ¬Ø¹ÙÙ Ø²ÙØ¯Ù عذابا عÙ٠اÙÙØ§Ø³Ø Ùï»·Ù ÙØ®ÙÙ Ø§ÙØ±Ø¬Ù Ø²ÙØ¯Ù Ø®ÙØ± Ù
Ù Ø£Ù ÙØ¹ÙÙÙ
âSeorang lelaki hendaklah bertaqwa kepada Allah. Jika dia hidup dengan zuhud, janganlah dia menyebabkan orang lain merasakan kesengsaraan daripada zuhudnya itu.
Dia menyembunyikan zuhudnya itu lebih baik daripada dia menzahirkannya. [Lihat: Siyar Aâlam Nubala 16/15-26]
Â
Perkataan beliau ini dilaksanakan oleh beliau sendiri. Sallam memberitahu: Ayyub melakukan qiyamullail sepanjang malam tetapi beliau menyembunyikan qiyamullailnya itu. Apabila dekat waktu Subuh, beliau mengangkat suara, seolah-olah beliau baru bangun dari tidur.
Abu Hazim Salamah bin Dinar (wafat 140H) berkata:
Ø§ÙØªÙ
ØØ³Ø§Ùت٠ÙÙ
ا ØªÙØªÙ
Ø³ÙØ¦Ø§ØªÙ
âSembunyikanlah amalan kebaikanmu sebagaimana kamu menyembunyikan perbuatan jahatmuâ [Lihat: Siyar Aâlam Nubala 6/96-103]
Al-Khatib Al-Baghdadi meriwayatkan dalam Tarikh Baghdad 10/200 bahawa Abdul Rahman bin Abi Laila melakukan solat (sunat) di rumahnya. Jika ada orang masuk ke rumah, beliau akan berteleku di tilamnya (seolah-olah dia sedang berehat).
Oleh: Dr. Abu Anas Madani
Sumber/Foto/Artikel Asal : didakwah.blogspot.co.id | islamidia
Â
loading...
0 Response to "Kenapa Kita Perlu Sembunyikan Amal Ibadah Kita? Ternyata Begini Alasannya â Post Share Indonesia"